“MAAF, SAYA T̷AK JUMP̷A KEP̷ALA AN̷AK PU̷AN”. YA ALLAH. SAYA T̷AKUT DAN MENGGI̷GIL. TERU̷S KAMI PERG̷I SC̷AN DI KLINIK LAIN.


Hai semua Assalamualaikum bagi yang beragama islam, dan salam sejahtera bagi yang non muslim. Sebenarnya agak berat saya nak share kisah saya ni sebab saya takut saya tak dapat terima komen negatif sekiranya ianya ada.

Tapi saya juga sangat memerlukan kata kata positif dari ibu ibu, tuan puan, adik kakak sekalian. Sebelum tu saya nak beritahu yang apa saya nak sampaikan ni teramatlah panjang. Maaf jika ayat saya terabur ye.

Saya seorang wanita. Sudah berkahwin. Usia perkahwinan baru 4 tahun. Apa yang saya nak share ialah peristiwa anak saya dijemput ilahi akibat komplikasi kesihatan iaini “anencephaly”.

Mungkin ada antara pembaca yang tak tahu apa itu anencephaly. Masalah pada bayi yang tiada tempurung kepala.

Pada mulanya, semua nya biasa biasa sahaja. Tiada apa masalah. Biasalah awal kandungan, pembentukan baby belum ketara. Punyalah saya happy sebab saya bakal bergelar ibu.

Kandungan menjangkau usia 4 bulan, pergi klinik kesihatan (kk) doktor scan macam biasa. Saya lihat kerutan didahinya.

Lama juga dia scan. Dalam hatiku, apa yang dia cari ye sampai lama sekali. Sebelum sebelum ni sekejap je dia scan. Lepastu, doktor pon selesai. Tiada apa yang dikata kan kepada saya. So saya anggap memang tiada apalah.

Masuk usia 5 bulan, saya checkup lagi sekali dan scan perut. Untuk kedua kalinya doctor tu scan dengan waktu yang lama, kekiri, kekanan, kebawah dengan dahi yang berkerut. Terdengar sedikit keluhan dihujungnya. Allah. Kenapa hati aku tak sedap. Tapi aku positif kan juga.

Tak lama tu, dia tanya saya tiba tiba “family puan ada down syndrome ke? Atau ada sejarah keluarga yang ada masalah apa apa?” terkejut.

Saya, “tiada doktor” doktor pun selesai buat scan dan panggil saya untuk berbicara.

“macam ni, saya tak jumpa kepala anak puan, puan ada pergi scan kat klinik swasta tak?”

“takde”

“okay. Tadi saya scan lama, saya nak cari kepala anak puan, kaki tangan semuanya okay cuma kepala saje saya tak dapat. Saya bagi surat untuk puan refer ke hospital pakar. Sekejap, saya call pakar dulu ye”

Allahuakbar. Dugaan apa ini ya Allah. Kepala takde? Takde macam mana? Memang 1 kepala takde ke? Otak saya bercelaru. Macam macam saya fikir. Saya takut, saya menggigil.

“ok puan, saya dah call pakar. Tapi kena buat appoinment, jadi agak lambat tarikh yang saya dapat. Hampir sebulan. Takpe, nanti tarikh tu puan ke pakar untuk checkup selanjutnya.

2 minggu lagi puan datang sini dulu, nanti next appoinment tu puan tak perlu datang sini, puan terus ke pakar. Okay puan?”

“okay”

Saya keluar dari kk dengan hati yang berat. Saya nak cakap apa dengan suami? Suami marah saya ke? Suami terima ke berita ni?sampai je kereta, saya terus cerita semuanya.

Alhamdulillah, suami saya tenang. Kami sepakat untuk buat scan di klinik Asia dulu. Nak tunggu appoinment government tu lambat lagi, kami tak senang duduk dah ni.

Berita yang berat kami terima juga dari klinik tu.

“puan, saya minta maaf, saya tak jumpa tempurung kepala anak puan. Kalau masalah ini, ianya dinamakan anencephaly. Takde tempurung, otak terus nampak”

Saya dan suami tak puas hati. Kami decide untuk ke pakar sakit puan swasta. Kat situ, saya diberitahu segala galanya. Dan keputusan yang muktamad. Anak saya memang tiada tempurung kepala.

Doktor Lim tunjuk diskrin kepala anak saya, tangan, kaki, kemaluannya. Baby girl.

Sangat jelas pembentukan kepala anak saya, saya tak mampu nak tahan sedih, saya tak kuat. Saya menggigil. Ya Allah, ujian apa kau beri pada aku.

“puan, puan ada makan folic acid tak sebelum rancang mengandung”

“takde doktor”

“kalau masalah ini terjadi, biasanya disebabkan ibu tak amalkan folic acid sebab tu baby ade komplikasi macam ni. Takpe, I faham perasaan u, I tahu u sedih, sudah ramai ibu zaman sekarang yang mengalami macam ni. Cuma apa yang i boleh katakan, anak u takkan boleh survive.

Sama ada u nak terminate kandungan u atau u nak tunggu juga sampai due. U jangan risau, kalau u mengandung lepasni, takkan jadi lagi macam ni.”

Punyalah baik hati dan lembut bicara doktor Lim. Saya tak dapat nak ungkap sepatah kata disebabkan suara saya yang hilang dengan tiba tiba. Hanya mampu angguk angguk dan angguk.

Doktor Lim buat surat untuk diberikan kepada pakar gomen. Even saya nak keluar dari bilik khas tu pun, dia beri lagi kata kata semangat pada saya. Ucapan terima kasih yang saya ungkap pun tak kedengaran.

Keluar je dari bilik scan, saya menangis semahunya. Saya tak dapat nak kawal emosi saya yang saya tahan didepan doktor. Semua mata melirik ke arah saya mungkin tertanya apa yang terjadi kepada saya. Saya berjalan laju kekereta. Saya tak kuat.

Tibalah tarikh appoinment hospital kerajaan. Dia scan saya dari bawah. Macam macam doktor datang check saya. Saya dan suami dipanggil mengadap.

“okay tuan dan puan, t/p pun dah dapat keputusan dari pakar swasta mengenai baby puan. So sekarang ni, keputusan ditangan kamu.

Samaada nak teruskan kandungan atau nak TOP(terminate of pregnancy), sebab baby puan takkan boleh survive. Paling lama dalam sejarah 21hari sahaja baby pernah hidup, paling cepat tak sampai sejam baby dah pergi.

Lagi satu, tak semestinya puan masuk wad puan terus bersalin, disebabkan baby takde tempurung, jadi agak mustahil untuk baby tolak.

So kami akan induce puan mengikut kesihatan puan lah ye, ada yang ibu sampai berbulan di hospital sebab bukaan lambat buka.

So kami tak boleh jamin berapa lama puan akan di sini. Jadi, kami bagi masa hingga khamis ni, khamis ni puan datang lagi ye”

“takpe, saya dah bincang dengan suami dan keluarga. Kami sepakat untuk TOP je”

“okay baiklah, kalau gitu, hari khamis puan datang dan tunjukkan surat ni di kaunter kecemasan ye.”

3hari sebelum saya diwardedkan. Seluruh keluarga saya pulang kekampung, saya decide untuk bersalin di kampung. Terima kasih ya Allah hadirkan keluarga yang sangat memahami apa yang saya rasa.

Mereka ajak saya bercuti untuk hilangkan kegusaran saya. Saya rasa tenang bila mereka semua ada.

Tarikh yang dinanti dengan hati yang berat. Saya diwardedkan hampir 2 minggu. 4 hari warded, doktor izinkan saya pulang 3 hari. Lepas tu saya masuk balik.

Sepanjang warded, saya diinduce sebanyak 7x. Ubat yang k e6 bukaan masih 2 cm. Doktor kata bukaan saya kena 6 cm baru boleh tolak ke LR (labourroom). Masa ni saya dah down, saya menangis call suami. Suami tak dapat masuk disebabkan covid yang melanda.

Setiap kali solat, saya usap perut. Anak saya masih aktif didalam. “nakk, ibu minta maaf tak dapat jaga kamu dengan sebaiknya, ibu tak amalkan apa yang perlu hingga kamu terpaksa jadi macamni. Bantu ibu nak, bantu ibu untuk keluarkan kamu.

Keluarlah dengan cepat ye, ibu tak kuat. Ibu sakit hari hari kena seluk dengan berbagai doktor. Setiap kali ibu kena seluk, kamu akan mengeras dengan kuat. Ibu sakit nak. Bantu ibu nak”

Lepas induce yang ke 7 (ubat prostin) ubat ni lebih kuat berbanding 6ubat sebelum ni. Saya mengalami contraction yang agak kuat. Bila cek bukaan, masih 2cm. Saya menangis call mak, saya mintak ampun pada mak, pada suami, pada keluarga saya.

Mak saya pun menangis cakap sabar nakk, sabar, mengucap nak. Mak suruh Mohd hantarkan air zam zam ye. Sebelum minum tu selawat, mintak dipermudahkan urusan kamu. Mak sentiasa doakan anak anak mak. Zikir jangan pernah berhenti.

Allah lah yang akan bantu kamu nak. Masa ni saya tak dapat nak fikir apa, zikir kemana apa kemana. Yang saya tahu saya dah tak tahan lagi.

Suami pun pecut hantarkan air zamzam pada saya. Suami dibenarkan naik keatas untuk jumpa dengan saya tapi hanya sekejap saje.

Saya lihat air mata suami bergenang dikelopak mata. Saya tahu dia tak kuat tengok saya. Saya mintak ampun pada dia, saya cium tangannya. Saya rasa berat hati nak lepaskan dia.

Memandang kan pengalaman bersalin ini yang pertama kali, dengan keadaan dimana saya terpaksa melahirkan anak yang baru 7bulan yang tak akan mampu bertahan lama tanpa ditemani suami disisi. Kuatkah aku? 🙁

Suami pun pulang kerumah. Selang 15 minit, saya mengalami contraction 3x lebih sakit. Saya panggil kawan katil sebelah suruh dia panggilkan misi. Saya diarah kebilik khas untuk diseluk. Berjalan pun dah tak mampu.

Saya rasa kemaluan seperti dirobek. Sakit yang tak pernah saya rasakan selama ini. Kangkang je kaki, terus misi kata “ohhh. Ni nak sampai ni” gelabah misi panggil misi yang lain untuk tolakkan saya ke lr.

Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan anak syurga saya yang masih dalam rumahnya lagi(kantung). Tapi sejurus baby lahir, baby sudah tidak bernyawa. Saya takdapat dengar tangisan nya. Saya angkat kepala untuk tengok anak saya tapi doktor kepung.

Dia taknak saya nampak kepala anak saya, lepas dia dah bungkus kepala baru saya dapat lihat arwah. Masa tu pun saya dalam keadaan khayal disebabkan ubat tahan sakit yang tak berkesan sewaktu contraction datang.

Bila selamat je lahir, saya lalok. Doktor kata saya menyanyi, humming. Saya separuh sedar. Saya tertidur 3jam di lr. Terjaga lepas misi kejut untuk makan bagi ada tenaga.

Allah ambil saya untuk diuji sebab Allah tahu saya ibu yang kuat. Setelah terjaga, hati saya tenang. Kesakitan pun hilang, saya tak menangis.

Mungkin sebab saya dah puas menangis, meratap dan berdoa pada Allah untuk diberikan kekuatan yang berpanjangan, diberi kesabaran untuk hari hari yang mendatang. Itulah doa saya setiap hari tanpa jemu.

Selesai alas perut. Saya ditolakan ke wad biasa. Misi misi disana semua baik. Mereka asingkan saya diwad khas, hanya 2 katil sahaja dalam 1 bilik tapi cuma saya sahaja ditempatkan disitu.

Saya dengar misi cakap dengan kawannya “puan ni anak dia anencephaly, kita letak dia kat wad Bunga Raya lah, kalau letak dengan ibu yang ada anak takut dia sedih pulak. Emosi dia kita kena jaga.”

Terharu sungguh saya dengar. Seolah mereka faham apa yang tengah saya fikirkan.

Keesokan paginya, anak saya akan dikebumikan sebelum tengah hari. Dalam pukul 8 doktor datang cek saya. Saya minta keizinan untuk pulang awal namun hampa, doktor tak izin.

Menangis saya sebab saya nak lihat anak saya untuk kali yang terakhir. Kalau saya tak boleh pulang, saya tak dapat tengok dia.

Masa ni, 4rwah dah dimandikan dan dikapankan oleh ustazah taman perumahan saya dan akan dibawa pulang pagi tu juga bersama suami.

Ubat tahan sakit sangat kuat menyebabkan saya mengantuk teramat sangat. Sebelum saya terlelap, saya berdoa pada Allah. Ya Allah, aku nak tengok 4rwah, bantu aku ya Allah. Aku nak balik. Semua tunggu aku. Tolong aku…. Tak lama tu saya terlelap.

Jam 10.30 pagi saya dikejutkan oleh suami. Disisinya ada wheelchair. Suami, “sayang, cepat tukar baju, Alhamdulillah doktor bagi awak balik, tapi esok abang kena datang balik sini sebab amek ubat awak.”

Alhamdulillah ya Allah, kau dengar keluhanku. Kau tolong aku..

Suami, “abang dah tengok 4rwah”

“iye? Abang ok?”

“comelnya anak kita, putih sangat, hidung mancung macam saya, tinggi, ustazah kata arwah comel, tinggi dan tegap, mesti maknya suka pergi gym”

Gelak tawa kami memecah suasana. Tapi hanya seketika. Saya melihat setitik air mata suami gugur. Saya tahu dia pendam sedih cuma dia taknak tunjuk pada saya.

Selesai tukar pakaian, saya terus gerak ke rumah, mother in law saya yang pegangkan arwah sepanjang perjalanan, tak henti perkataan comel dari mulutnya. Saya sedih, kerana saya mama kehilangan cucu 🙁

Dan sepanjang perjalan itu juga, hujan renyai mengiringi kami seolah mengerti perasaan kami.

Sampai je dirumah, saya lihat semua berdiri menunggu kepulangan saya. Semua tertumpu pada saya dan arwah. Saya dipayungkan dan dipimpinkan oleh abang sulung perlahan lahan ke dalam.

Adik beradik saya, ipar duai saya semua berkumpul dan memapah saya. Ku lihat muka dan hidung mereka yang kemerahan, mata yang bengkak. Aku tahu korang sedih.. Aku mintak maaf..

Selesai solat jen4zah, doa pun dipanjatkan oleh pakcik saudaraku. Saya lihat suami yang tersedu sedan. Saya lihat adik beradik saya yang mengesat air mata, saya lihat mama dan mak yang menutup muka dengan tudung. Tiba lah saat menatap arwah buat kali terakhir.

Kucupan penuh kasih dari kami buatmu wahai anak syurga. Ibu ayah sayangmu nak.. Ibu ayah takkan pernah sesekali melupakanmu.. Ibu bersyukur walaupun Allah pinjamkan kamu 7 bulan saja didalam rahim ibu.

Walaupun Allah tak satukan kita didunia untuk jangka masa yang panjang, tapi ibu ayah dah ada tiket ke syurga sana. Tarik ibu dan ayah bersama sama ye nanti, jangan lepaskan genggaman tangan ibu dan ayah ye nakkk…

Selamanya ibu ayah akan sayang kamu, penghuni pertama dalam rahim ibu. Al-Fatihah.

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Teruslah bersangka baik dengan Allah kerana Dialah Al-Hikmah yg terunggul..

Saya faham apa yg sis rasa.. Pastilah saya menangis sambil baca pengalaman ini, sebab pernah merasa melahirkan baby yang dah tak bernyawa lagi dalam perut.. sempat menatap degupan terakhir sebelum dia pergi selama-lamanya.. Saat paling sedih dalam hidup kami. Moga sabar & tabah ya sis..

Teruslah bersangka baik dengan Allah kerana Dia lah Al-Hikmah yg terunggul, hadapilah dgn sabar, sentiasa pesan pada diri ada hikmah dalam ujian, lebih mudah kita melepaskan arwah apabila benar-benar redha.. Moga ini adalah pinjaman untuk kita yang paling lumayan!

Moga mereka menunggu & melambai² kita, untuk bersama² di sana nanti, di hari yang tiada keraguan padanya. May Allah keep them safe & be a pearl in Jannah.. Amin..

Netizen 2 : 16 tahun lalu saya juga mengalami situasi yang sama..kehilangan anak sulung juga disebabkan “anencephaly”. Tapi kami memilih untuk sampai tempoh masa yang Allah nak ambik..dilahirkan secara normal sebab pecah air ketuban di rumah. sampai di hkl, baby dilahirkan selepas 2 hari warded. baby hidup lebih kurang 1 jam sahaja. alhamdulillah saya dapat pegang baby sebelum dibawa pulang oleh keluarga mertua untuk dikebumikan di kg..
Tunggu ibu dan abah di syurga ya anak ibu Sofiya Amallin.

Netizen 3 : Ketika mula2 janin ada dlm rahim, kita ibu bapa pun xtahu dia ada, siapa yg mahukan ia ada? ALLAH.. maka ketika Allah mahu mengambilnya semula, jgn menyalahkan diri krn tak mkn asid folik,tidak, itu ialah Allah yg mahu mengambilnya.. hidup mati sakit sihat bkn kuasa kita.. paling penting jgn salahkan diri,nnt kna penyakit tekanan, anxiety.. puan lagsg xsalah dlm hal n, Allah yg sygkannya..

Sumber : iiumc | edisimaya