Pilu pergi mu Yong Lili, ” Dijumpai meninggal dunia terperangkap dirumah terkunci ”
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejutkan dengan penemuan m4yat wanita warga emas ketika membantu membuka pintu yang terkunci dari dalam di rumah di kawasan perumahan Puncak Bougainvilla, di sini, hari ini.
Perginya seorang sahabat yang sangat baik, tempat mencurah rasa dan perasaan,Ya Allah ampuni dosanya, berilah rahmat mu keatasnya, sejahtera dan maafkan dia,AlFatihah, moga beliau tenang disana – Sahara Ashaari.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.36 malam tadi dengan anggota dari BBP Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas pecah pintu.
Katanya, warga emas terbabit yang identitinya dikenal pasti oleh pihak bomba sebagai Nor Khalili Abd Halim, 64, ditemukan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan serta disahkan sudah men1nggal dunia ketika dijumpai.
M4ngsa dipercayai terkunci dalam rumah dan ditemui di dalam bilik, Kem4tian m4ngsa disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,katanya menerusi kenyataan.
Katanya, m4yat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya sebelum operasi pihak bomba ditamatkan jam 10.17 malam semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi berkata, polis masih di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan m4yat itu.
Siasatan sedang dijalankan. Akan dimaklumkan kemudian,katanya, semoga keluarga arw4h tabah dengan apa yang berlaku sungguh tak disangka mangsa yang lebih mesra dengan panggilan Yong Lili ditemui men1nggal sendirian. Al fatihah.