Tanah perkuburan sesak, ramai hadir pengebumian remaja maut nahas motosikal


Kemalangan yang melibatkan sekumpulan mat rempit di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi Ahad tempoh hari benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Difahamkan, sehingga hari ini seramai 4 penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah apabila berlanggar sesama sendiri ketika kemalangan.

Zahirkan rasa dukacita

Tiga daripadanya meninggal dunia ditempat kejadian dan seorang lagi telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Pulau Pinang.

Susulan daripada itu, rakan-rakan penunggang motosikal terbabit telah menzahirkan rasa dukacita di ruangan media sosial dengan berkongsi video mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa.


Tanah perkuburan sesak

Dalam perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Iqmal Hakim, dia telah memuat naik video di tanah perkuburan tempat jenazah salah seorang daripada penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan tersebut dikebumikan.

Apa yang membuatkan banyak pihak terharu adalah kehadiran lautan orang ramai dari kalangan sahabat handai dan juga ahli keluarga yang sama-sama menghantar jenazah ke destinasi yang terakhir.

Doakan rakan2 di hospital segera sembuh

Menerusi posting yang dibuat Iqmal, dia telah mengucapkan terima kasih kepada allahyarham rakannya yang pernah memberikan memori sepanjang mereka berkenalan.

Dia juga mendoakan agar rakan-rakan yang masih berada di hospital segera sembuh dari kecederaan yang dialami semasa kejadian tempoh hari.

Perasan kalau budak2 rempit meninggal mesti ramai hadir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada warganet telah meninggalkan komen meminta orang ramai tidak terus mengecam kematian mereka walaupun kita semua tahu hakikat sebenar.

Mereka juga berharap agar kematian mereka menjadi pengajaran buat rakan-rakan yang lain agar tidak meneruskan aktiviti tidak bermanfaat seperti kejadian tempoh hari hingga mengorbankan banyak nyawa.

Harap kawan2 yang hadir insaf

Kita tak layak nak menilai

Ramainya yang datang iringin jenazah

Kita pun tak tahu pengakhiran kita bagaimana

Sumber: TikTok Iqmal Hakim