“Atas permintaan ramai..”- Caprice akan berjumpa JAKIM, selesaikan isu ‘mawla’
Penyanyi rap, Caprice memaklumkan dia akan berjumpa dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi berbincang mengenai isu individu mengaku cicit Nabi Muhammad SAW.
Menerusi hantaran di muat naik oleh Caprice di laman Instagram, dia mengatakan pertemuan dengan pihak JAKIM dibuat setelah menerima banyak permintaan daripada warganet mengenai status sebenar individu dikenali Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani.
“Atas permintaan ramai, kita sudah start audit saudara kita ini. InsyaAllah Cap sendiri akan jumpa wakil JAKIM to get to the bottom of this,”tulisnya.
Katanya, dia baru sahaja selesai menelefon pihak JAKIM pada jam 3 petang sebentar tadi dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi di Insta Story tidak lama lagi.
“Terima kasih ustaz dari JAKIM yang Cap baru call tadi pukul 3 petang. Cap akan upload official statement dekat Insta Story. Tanda pagar maju ke depan,”tulis Caprice.
Tak sabarnya!
Makluman itu mendapat perhatian ramai di mana ramai menyatakan tidak sabar menanti keputusan sebenar terutama status individu berkenaan yang ‘sangsi’.
Siasat sekali tim yang sambut
Malah, ada yang berharap agar Caprice menyiasat kumpulan yang membawa masuk individu berkenaan ke negara ini bagi mengetahui kebenaran.
Semua dia tapau, banyak betul masa terluang
Sementara itu, terdapat netize mengatakan Caprice seolah-olah tidak mempunyai pekerjaan lain selain mencari masa mengulas sesuatu isu ‘panas’ sedang berlaku.
Jaga diri, betulkan aurat orang rumah
Dan, mereka juga berharap agar Caprice menjaga tepi kain sendiri selain membetulkan aurat isterinya iaitu Farra Inalis Hussni sebelum ‘menyibuk’ hal orang.
Terdahulu, portal melaporkan pihak Jaheaik meminta orang ramai berhati-hati dengan mana-mana individu mengaku cicit Nabi Muhammad SAW itu.
Sumber: Instagram @capricedaddycap