Bina ‘Highway’ 50 Sentimeter Dari Rumah, Rakyat Mesir Kutuk Tindakan Kerajaan


Perancangan dalam penstrukturan binaan seharusnya mengikut kesesuaian sesuatu kawasan. Jika ia menggangu ataupun boleh mendatangkan bahaya kepada kawasan tumpuan penduduk, pihak kontraktor perlulah peka dengan hal tersebut.
Namun, perkara tersebut tidak berlaku di salah satu kawasan perumahan di Mesir apabila pihak kerajaannya membina lebuhraya yang begitu hampir dengan bangunan kawasan perumahan penduduk.

Dikritik penduduk

Menerusi Boredpanda, binaan lebuhraya  itu seolah-olah hanya 50 sentimenter (cm) dari rumah penduduk. Hal tersebut membuatkan banyak pihak terutamanya rakyat yang tinggal di kawasan itu mengkritik kerajaan tempatan diatas pembinaan itu.

Binaan boleh disentuh dari bakoni rumah

Jambatan Teraet Al-Zomor atau lebih dikenali sebagai lebuhraya Raja Salman ini dibina betul-betul ditengah kawasan perumahan penduduk yang pastinya memberikan impak kepada kawasan kediaman itu.
Lebuhraya sepanjang 12 km itu dikatakan seolah-olah berada di hadapan balkoni rumah dan didakwa binaan itu boleh disentuh oleh mereka hanya berdiri dari kediaman masing-masing.

Tetap akan diteruskan

Walau bagaimanapun pembinaan lebuhraya yang memakan ribuan dolar itu juga akan diteruskan walaupun teruk dikritik penduduk tempatan  dengan membayar pampasan kepada mereka yang terjejas diatas kerja-kerja pembinaan lebuhraya itu.
Sumber : Boredpanda