Berpuasa tak halang Ayana Moon kekal aktif panjat gunung pagi2 dengan ibu
Selebriti media sosial kelahiran Korea Selatan, Ayana Jihye Moon yang popular di Indonesia dan Malaysia ketika ini sedang menjalani ibadah puasa di Korea Selatan walaupun menetap di Indonesia.
Tahun ini juga merupakan tahun kesembilan gadis cantik tersebut berpuasa selepas memeluk Islam tidak lama dahulu. Paling manis, kali ini dia ditemani adik lelakinya yang juga baru menjadi mualaf pada tahun lalu.
Daki gunung walaupun puasa
Walaupun berpuasa, Ayana dilihat masih aktif apabila muat naik terbarunya memperlihatkan dia dan ibu tersayang menjalani aktiviti mendaki gunung disebelah pagi.
Ibu bukan Muslim
Dalam hantarannya di Instagram, dia memberitahu baru selesai mendaki gunung di wilayah Seoul, Korea Selatan. Ayana turut memaklumkan bahawa ibunya bukan beragama Islam bagi mengelak sebarang salah faham kerana wanita itu memegang botol minuman.
Masih kekal aktif walau berpuasa
Selebriti cantik berusia 25 tahun itu turut memberitahu yang dia masih lagi berpuasa walaupun aktif melakukan riadah yang mengeluarkan tenaga yang banyak.
Ayana juga sempat mengucapkan selamat berpuasa buat semua warganet.
Terdahulu, kisah Ayana Jihye Moon pernah tular apabila memeluk Islam dan berhijrah ke Indonesia seorang diri bagi mendalami agama serta bergiat aktif dalam bidang modeling muslimah di Indonesia-Malaysia benar-benar mencuri perhatian.
Dia yang kini fasih berbahasa Indonesia bukan sahaja dikenali malahan menjadi ikon muslimah buat para gadis di kedua-dua buah negara.