Kak Nah sujud syukur, Annuar Musa datang serahkan lesen perniagaan
Sebelum ini, pernah tular tweet oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr, Annuar Musa, mengenai seorang wanita warga emas yang berniaga tanpa lesen di tepi jalan.
Tweet tersebut mendapat perhatian ramai kerana sikap toleransi Annuar Musa, yang tidak meminta wanita tersebut memberhentikan perniagaan, malah meminta agar terus meneruskan jualan dan mendapatkan lesen.
Annuar Musa datang sendiri serah lesen pada kak nah
Terbaru, menerusi Facebook Wilayahku, hari ini peniaga tersebut dikenali sebagai Che Nah atau Minah Awang, 71, sekali lagi menerima kunjungan Annuar Musa, yang datang untuk menyerahkan sendiri lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Menteri turun padang hantar lesen
Kak Nah sujud syukur
Cukup terharu dengan keprihatinan Menteri Wilayah Persekutuan itu, sejurus menerima lesen perniagaan, Che Nah terus melakukan sujud syukur.
Dapat dilihat, Annuar Musa cuba menenangkan peniaga kenderaan saji ( food truck) di Jalan Medan Setia Bukit Damansara itu, yang kelihatan sebak kerana terlalu terharu.
Ini menteri yang kita nantikan
Turut tersentuh dengan sikap prihatin Annuar Musa, rata-rata netizen menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang sudah lama dinantikan oleh rakyat.
Akhirnya jumpa juga menteri yang bagus
Harapnya peniaga gunakan lesen sebaik mungkin
Sinar baru buat para peniaga kecil
Seronok sangat rasanya, semoga kepimpinan yang telus seperti ini dapat diteruskan agar Malaysia mampu melahirkan sebuah negara yang maju dan harmoni.
Sumber : Wilayahku