Covid-19: Positif baharu meningkat, 271 kes melibatkan warga asing

Sidang media perkembangan covid-19 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah telah berlangsung.
Pada hari ini, seramai 28 kes telah sembuh dan discaj dariapda wad. Namun begitu terdapat pertambahan kes melibatkan warga asing dilihat agak menggusarkan.

Kes tempatan meningkat

Seramai 277 kes baharu dilaporkan dengan 2 kes import. Namun begitu, hanya 4 kes sahaja melibatkan warganegara tempatan. Jumlah kes kematian masih 115 kerana tiada pertambahan pada hari ke-12 ini.
Terkini , 4 Jun
Kes sembuh = 28
Jumlah kes sembuh = 6,559
Kes baharu positif = 277
Jumlah positif = 8,247
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 6 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
View image on Twitter
8,284 people are talking about this

Melibatkan warga asing

Menerusi sidang media tersebut, 271 kes melibatkan warga asing di depoh tahanan Bukit Jalil yang disahkan positif Covid-19.
Sehubungan dengan itu, Dr Noor Hisham menyeru supaya orang ramai terus mematuhu arahan dengan mengikut SOP agar tiada penularan berlaku lagi.

Sumber : KKM