Kluster tabligh tamat, Dr Noor Hisham imbau perjuangan 4 bulan penuh keringat

Kluster terbesar jangkitan Covid-19 di negara ini iaitu Kluster Sri Petaling telah diisytiharkan tamat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah petang tadi.
Menerusi Facebook rasmi, beliau berkongsi semula momen yang sukar dilupakan dalam mengesan kontak rapat pesakit termasuk mesyuarat yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut Dr Noor Hisham, ia merupakan sebuah perjalanan yang panjang selain mengambil masa empat bulan perjuangan serta usaha keras sekali gus bagi mengekang penularan wabak pandemik tersebut.
“It was the beginning of a long journey that helped reverse the situation. Today the time has come and it took 4 months of blood, tears and sweats…
“…marathon race against time to trace and track the close contacts and to end this cluster,” tulisnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang telah banyak memberikan sumbangan serta berharap agar Tuhan memberkati kita semua.