“Apa Perasaan Kamu Kalau Mak Bapak Puan Yang Ma’ti ?” Tak Terkata Polis Wanita Kena Sound Dengan Pak Cik Ni

 

“Apa Perasaan Kamu Kalau Mak Bapak Puan Yang Ma’ti?”, Tak Terkata Polis Wanita Kena Sound Dengan Pak Cik Ni…

ISU SEMASA

“Puan pakcik nak minta kebenaran rentas negeri, mak pakcik dah nazak.” Kata pakcik yang berusia 66 tahun.

“Pakcik ada bukti yang menyatakan mak pakcik nazak?” Balas Polis wanita itu.

“Mak pakcik sakit tua, ada dekat kampung. Nak bagi bukti macam mana? Pakcik nak buat urusan masuk hospital.”

“Tak boleh pakcik. Ada bukti baru boleh sign.”

Pakcik tadi merayu minta budi bicara untuk luluskan, namun Polis wanita itu bertegas tak benarkan.

Pakcik tadi mula naik angin dan tinggikan suara. “Puan bab mak sakit ni takkan la pakcik nak tipu. Benda gini bukan boleh dibuat main.”

Namun tak dipedulikan juga. Masih berkeras dengan undang-undang dunia yang tidak adil dan waras.

Pakcik tadi terpaksa hubungi anak saudara terdekat untuk bagi video dan gambar bukti mak dia tengah Na’zak.

Lepas tunjuk video, Polis wanita itu luluskan tanpa kata apa-apa.

2 hari selepas itu, pakcik tua ni datang lagi ke Balai Polis dengan wajah sa’yu dan kesed’ihan.

“Puan pakcik nak minta kebenaran rentas negeri. Mak pakcik dah mening’gal sebentar tadi.”

“Kami nak bukti.” Tegas Polis wanita yang sama.

“Bukti apa Puan? Pakcik baru terima panggilan dari hospital. Pakcik waris nak pergi tuntut jena’zah! Selagi tak tuntut macam mana surat kema’tian nak keluar!”

“Takda bukti saya tak boleh luluskan.” Polis wanita tu bertegas.

Pakcik yang sedih tu naik angin. “Puan, saya harap benda sama jadi pada Puan! Apa perasaan Puan kalau mak bapak Puan yang ma’ti!

“Ish pakcik ni, kenapa doa yang buruk dekat saya!” Puan polis tadi mula ma’rah.

“Pakcik bukan nak doakan, tapi pakcik kecewa dengan awak! Ini kes kema’tian!” Maki Pakcik tu.

“Pakcik ni memang saja cari pasal ye. Dua hari lepas pun pakcik marah juga.”

“Ya la, mak pakcik na’zak awak tak benarkan, kali ni mak pakcik dah mening’gal pun tak benarkan.”

“Saya hanya jalankan tugas je Pakcik. Saya ikut arahan Ketua Polis Negara.”

“Benda ni boleh ikut budi bicara, awak yang sulitkan.”

“Bak la surat tu saya sign.” Akhirnya Polis Wanita itu luluskan dengan wajah yang masam mencuka.

Kawan-kawan, pakcik tua baju petak tu ayah saya.

Saya saksi kejadian. Kebetulan hantar anak pulang ke asrama tempoh hari.

Sungguh dunia ni tidak adil. Jika kau kaya berpangkat dah berharta kau boleh buat sesuka hati saja.

Orang kaya merentas negeri semata-mata buat kejutan beli kereta baru untuk mak ayah tak mengapa.

Selebriti buat kenduri kawin tanpa SOP, melangkawi batas untuk honeymoon tak mengapa. Hanya kertas siasat dikeluarkan.

Apa kesudahannya?

Peniaga burger depan rumah operasi lebih masa, terus kertas saman RM50K tanpa banyak cerita.
Benar lah.

Jika kaya 1 + 1 = 11 betul.

Jika miskin 1 + 1 = 2 salah.

Kalau dulu kita tengok filem hindustan, yang miskin ditindas, yang kaya berkuasa. Hari ini ia terjadi dalam dunia realiti.

Mungkin ramai yang tahu, saya bukan jenis suka ulas isu semasa. Namun hari ni saya tampil berbicara untuk pengajaran kita bersama.

Sungguh, bukan semua Polis begini. Tak nafikan masih ramai yang baik dan ada budi bicara. Dek kerana segelintir sikap begini, ia memburukan keadaan.

Al Fatihah buat arwah tok. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Amin.
Edited:- Macam yang saya cakap, saya menulis untuk pengajaran buat orang lain. Mungkin ada penguasa yang bertegas akan bertimbang rasa jika berlaku hal begini.

Sungguh, dia menjalankan tugas. Namun lakukan la mengikut logik akal dan berfikiran waras

 

sumber: fb Lizaidris

Related Posts