Dulu teman suami pergi menikah lagi, kini teman suami pergi bercerai pula

 


Tahun lepas, tular seorang wanita yang dengan senang hati membantu suaminya menguruskan majlis pernikahan dengan seorang wanita lain.

Hal tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial kerana wanita berkenaan seakan begitu bahagia menyambut kehadiran orang baru dalam rumah tangganya bersama suami setelah 6 tahun berkahwin.

Teman suami bercerai dengan madu

Walau bagaimanapun, menerusi laman sosial wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid itu memaklumkan yang suami dan madunya telah bercerai.

ADVERTISEMENT

Dia juga turut memuat naik gambar sewaktu menemani suaminya bercerai dengan isteri keduanya.

ADVERTISEMENT

Hanya mahu berfikir positif

Walau bagaimanapun, Syiela Rashid menulis luahan di status Facebook seakan memberi bayangan yang dia menerima ini semua secara positif dan tetap bersama suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

ADVERTISEMENT

Maklumkan sudah bercerai dengan isteri kedua

Suami kepada pengguna Facebook itu juga mengakui bahawa sudah menceraikan isteri keduanya di Mahkamah  Rendah Syariah Padang Terap pada Selasa 24 Ogos 2021.

Perkongsian pasangan suami isteri itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Mana tidaknya, perkahwinan lelaki tersebut pernah tular sebelum ini kerana ‘madunya’ telah dipinang sendiri isteri pertama dan majlis pernikahan turut diuruskan oleh wanita itu.

Namun, perkahwinan dengan isteri kedua tidak panjang dan lelaki tersebut telah ditemani isteri pertama ketika mahu bercerai dengan isteri kedua.

ADVERTISEMENT

Sumber: Facebook Syiela Rashid