Masha Allah . Jas4d bekas imam ditemui sempurna, menghadap kiblat & ditutupi kulit balak

 


Berita mengenai mayat seorang bekas imam yang menjadi mangsa tragedi kepala air di Yan Kedah telah tular di media sosial susulan penemuannya yang masih sempurna walaupun sudah 5 hari dilaporkan hilang.

Ditemui sempurna ditutupi kulit balak

Lebih mengejutkan, jasad Ku Shuib Ku Abdullah, 91 ditemui dalam keadaan cukup baik di timbunan balak berhampiran sebuah chalet tanpa sebarang kecederaan serius. Difahamkan hanya kecederaan ringan sahaja dilihat di anggota badannya.

Menerusi perkongsian daripada seorang lelaki yang di aplikasi TikTok, dia memaklumkan yang jasad allahyarham juga seakan ditutupi dengan kulit kayu balak ketika ditemui penyelamat.

ADVERTISEMENT

 

Jasad ditemui menghadap kiblat

Selain itu, menurut laporan dari Kosmo!, merujuk kepada kenyataan dari Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon, jasad mantan imam itu berada dalam keadaan mengadap kiblat iaitu satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang di rumahnya di Chalet Salak Denai .

Jenazah berjaya dikeluarkan kira-kira 5 minit sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Yan untuk proses selanjutnya.

 

Sudah selamat dikebumikan

Jenazah mantan imam tersebut difahamkan telah selamat dikebumikan dan sememangnya apa yang berlaku memberi pengajaran yang baik buat kita semua.

Insan yang disegani dan dihormati meninggal dunia dalam tragedi tersebut namun jasadnya telah dilindungi dari sebarang kecederaan apabila ditemui masih sempurna walaupun sudah 5 hari dilaporkan hilang selepas berlaku tragedi kepala air tersebut.

 

ADVERTISEMENT

 

Sumber: TikTok @eiyraa92Kosmo! (Norlida Akmar Idros)