Susah, Senang Kita Kena Ingat Allah. Ajaibnya Laungan Azan, Rumah Lelaki Ini Tak Dimasuki Air Banjir. “Ia Hanya Lalu, Tidak Masuk Rumah.”(Video)


KETIKA terjadinya b3ncana dan kec3masan di luar jangkaan, ramai di antara kita akan mengumandangkan azan sebagai usaha meminta perlindungan daripada ALLAH daripada bahaya. Ternyata terlalu banyak bukti kekuasaan ALLAH yang dibuktikan dengan pelbagai insiden. Antaranya Al-Quran serta rumah diwakafkan untuk jemaah tabligh tidak dibasahi air banjir.

Sesungguhnya setiap b3ncana berlaku turut dikirimkan pertolongan. Perkara itu dibuktikan dengan kisah seorang lelaki dikenali sebagai Faiz yang melaungkan azan ketika air deras mula memenuhi kawasan kediaman rumahnya di Hulu Langat ketika b3ncana banjir besar baru-baru ini.

Dengan izin-NYA, kediaman lelaki itu tidak dimasuki air seperti mana rumah-rumah lain disekelilingnya.
Pada peringkat awal, kata Faiz rumahnya masih dalam keadaan selamat manakala rumah-rumah di bahagian belakang sudah dinaiki air.

“Kemudian saya mula perasan air mula sampai di bahagian belakang rumah. Ia masih di paras kaki lima rumah atau takat buku lali sahaja,” katanya. Melihat situasi itu, dia kemudian mengarahkan ahli keluarga keluar daripada rumah kerana bimbang berkemungkinan rumah mereka akan ditengg3lami banjir.

“Saya pun memindahkan ahli keluarga ke seberang jalan sana yang lebih tinggi. Mereka duduk di dalam kereta.

“Apabila saya patah balik semula ke rumah air, dalam sekelip mata sahaja air sudah melimpahi kawasan ini (depan rumah) dan arusnya sangat d3ras.air mula melimpahi sehingga ke sini,” katanya sambil menunjukkan paras air adalah pada tangga paling atas ketika itu.

Walaupun dalam situasi yang c3mas, Faiz menceritakan bagaimana dia melaungkan azan meminta pertolongan daripada Maha Pencipta. “Pada ketika itu saya sudah tidak tahu untuk melakukan apa. Syukur kepada ALLAH, terima kasih kepada ALLAH, dengan izin-NYA saya azan. Saya tengok air mula hendak melimpah masuk ke dalam rumah.

“Saya berdiri di sini (anjung rumah), menghadap ke arah kiblat. Saya azan sehingga habis. Saya dapati air langsung tidak masuk ke dalam rumah. Air hanya lalu sahaja. Walaupun arusnya d3ras, ia hanya lalu sahaja. Ia tidak masuk ke dalam rumah,” tuturnya.

Justeru atas keajaiban yang berlaku, Faiz melafazkan syukur. Sesungguhnya ALLAH tidak menz4limi dan semua yang terjadi adalah asbab kepada kebaikan. ”Saya sangat bersyukur kepada ALLAH, ALLAH Maha Baik kerana saya dalam keadaan macam ini (banjir dan c3mas) dapat mengingati ALLAH.

“Bukan senang nak ingat kepada ALLAH, rezeki. Syukur kepada ALLAH, saya berterima kasih kepada ALLAH kerana rumah ini dalam keadaan yang selamat jika hendak dibandingkan dengan rumah di sekeliling kawasan ini. Jadi, apa-apa pun kita ini semua akan kembali kepada ALLAH. Susah senang, kita kena bersangka baik kepada-NYA.

“Keajaiban ALLAH SWT sahaja yang mampu menyelamatkan kita daripada segala musibah yang berlaku. KUN FAYAKUN.” ALLAH Maha Baik, tidak akan menz4limi hamba-hambanya. Semua yang terjadi ini adalah asbab kepada kebaikan,” katanya.

Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my

Related Posts