Jutawan Hartanah Sumbang RM50k & Helikopter Untuk Mngs4 B4njir


Jutawan Hartanah Sumbang RM50k & Helikopter Untuk Mngs4 B4njir

Akibat dari musibah yang melanda negara itu, Ali telah menagihkan sumbangan kepada penduduk di Selangor dan Pahang. Selain daripada bantuan kewangan, mangsa banjir turut menerima barangan makanan dan peralatan untuk membersih.

Mesti ramai yang kenal jutawan hartanah, Mohamad Azlan Abdullah atau lebih mesra dipanggil Ali. Beliau yang terkenal memiliki sebuah helikopter persendirian itu dilihat telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

  • Pemberian sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan kita kepada mereka yang ditimpa bencana dan diharapkan dapat meringankan bebanan akibat kehilangan harta benda.
  • Antara yang turut dibantu ialah anggota bomba kerana saya difahamkan penempatan mereka turut ditenggelami banjir di Shah Alam, Selangor. – Kata Ali.

Turut sediakan helikopter untuk misi bantuan

Antara lokasi yang memerlukan helikopter adalah di Temerloh, Pahang.

Tidak cukup dengan itu, Pengerusi Syarikat Azlan Al Amin Group Holdings Sdn Bhd ini turut sedia memberikan perkhidmatan helikopter kepada kumpulan NGO yang terlibat bagi memudahkan bantuan di kawasan terputus hubungan dilakukan.

Banyak betul pihak yang memberikan bantuan pada saat ini. Semoga sikap murni ini dapat diteruskan agar Malaysia terus hidup aman dan makmur tanpa mengira bangsa dan agama.

Sumber: Utusan / Ohmedia