Pesanan Terakhir Daripada Seorang Jutawan Muslim Yang Pemurah,Sebelum Pergi Buat Selamanya
Ini Pes4nan Terakhir AIi Banat Jutawan Muslim Yang Pemurah, Sebelum Pergi Buat Selamanya
Seorang Jutawan, dulu hidup mewah, selepas disahkan mengh1dap k4nser, telah bervbah menjadi seorang yang pemurah membantu orang-orang miskin dan svsah di seluruh dunia. Beliau telah menghembvs nafas terakh1r pada 29 Mei 2018.
Mungkin ramai daripada kita t1dak pernah mendengar nama Ali Banat, seorang pemuda Islam berasal dari Sydney, Australia, yang suatu ketika hidup dalam kemewahan, sering bergaya dengan baju rekaan terkenal, memandu kereta mewah Ferrari tapi dia hanyvt dengan dvgaan dunia.
Tiga tahun lalu, Ali Banat dis4hkan mengh1dapi k4nser, baginya hidup seolah-olah ber4khir, namun tidak lama selepas itu dia telah membuat keptusan untuk berkongsi segala kekayaannya dengan orang lain. Bagi sesiapa yang mengenali Ali Banat selepas menonton video di ini, “Gifted With C4ncer” pasti merasai kehiIangan beliau dan pasti menghulurkan derma kepada yayasan yang ditubuhkannya, Muslim Around The World (MATW).
Sehingga 30 Mei, MATW telah berjaya mengumpul dana sebanyak £589,243 (RM 3,116,760). Dengan jangkaan yayasan tersebut mampu meneruskan kvtipan derma yang lebih tinggi.
Siapa Sebenarnya Ali Banat?
Ali Banat adalah seorang jutawan Muslim yang menetap di Australia. Dia seperti orang kaya yang lain, mempunyai kehidupan amat mewah dan senang hasil daripada perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya. Dalam video yang pernah viral itu, Ali turut membenarkan jurukamera merakam suasana di dalam bilik tidur mewahnya.
Di dalam bilik tidurnya ada kasut berjenama Louis Vuitton yang berpasang-pasang, satu-satunya jenama kasut yang dipakainya dan gelang bernilai £33,945 (RM 179,549). SaIah satu kenderaan mewahnya, Ferrari Spider bernilai £339,237.50 (RM 1,794,373,57).
Namun sebaik sahaja dia disahkan mengh1dapi k4nser, Ali Banat menyedari segala kekayaan yang dimilikinya sudah tidak beerti apa-apa.
“Apabila kamu mengetahui bahawa kamu sedang s4kit dan tiada masa yang banyak untuk hidup, ini (kerja amal) adalah sesuatu yang kamu akan kejar. Dan itulah yang sepatutnya kita lakukan setiap hari,” kata Ali Banat.
Menurut Ali Banat, doktor memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa selama 7 bulan sahaja. Namun dia bersyukur kerana Tuhan mengizinkannya untuk hidup selama tiga tahun lagi.
Maka, tiga tahun yang dilanjutkan itu dia penuhi dengan berbuat kebaikkan. MATW, organisasi yang diasaskannya telah membantu ribuan penduduk yang da1f di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika seperti Tongo, Ghana dan Burkina Faso.
Ali Banat sendiri, secara peribadi turun ke jalanan menggerakkan MATW dan mencari dana. Dia mengharapkan dana-dana yang disvmbang itu dapat disalurkan sepenuhnya tnpa diasingkan untuk urusan pentadbiran organisasi.
Dengan dana tersebut, dia berharap dapat membina kampung yang menyediakan tempat tinggal kepada lebih 200 balu, masjid, sebuah sekolah yang dapat menyediakan pendidikan kepada 600 orang anak yatim, h0spital mini dan menyediakan peluang perniagaan untuk menyokong aktiviti komuniti.
Tetapi pada 29 Mei yang lalu, ketika Maghrib bakal menjelma, Ali Banat akhirnya menghembvskan nafas terakh1rnya.
Dari seorang lelaki yang suka berf0ya-f0ya dengan kemewahannya, kasut seliparnya paling murah berharga 700USD, Allah angkat darjatnya dengan ujian k4nser, seluruh hidupnya selepas itu dik0rbankan kepada orang mis kin dan hartanya diinfaqkan kepada orang memerIukan sehinggalah n4fas terakh1rnya.
Umat Islam ketika ini terus menyokong yayasan yang ditubuhkannya sebagai penghargaan ke atas aktiviti kemasyarakatan yang diusahakannya.
“Untuk kebanyakkan orang, termasuk saya, disahkan mengh1dapi k4nser adalah satu penamat. Tetapi ia tidak pada Ali Banat. K4nser itulah yang ‘melahirkan’ dirinya. Ali Banat benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai orang. Semoga Allah mengurniakan syurga buatnya,” kata saIah seorang netizen di Twitters.
Buat mereka yang berhajat untuk menyalurkan derma kepada yayasan ini ataupun mahu mengikuti perkembangan dan projek-projek yang dijalankan, anda boleh mengikuti laman Facebook, MATW Project.
Akhir Kata
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga r0h Ali Banat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.