SEORššŠNG IššŠGI ARTIS TERKENAL YANG MEMPUNYAI BAKAT YG BESAR MENINGGššŠIKAN KITA SEMUA IššŠITU ODDIE AGššŠM


Pemergian Allahyarham Oddie Agam atau nama sebenar, Imran Madjid ke Rahmatullah, pagi tadi.

Ia telah memberi kesan kepada Datuk Sheila Majid yang mencipta nama di Indonesia menerusi karya komposer tersohor itu.

Lagu ciptaan Allahyarham Oddie antaranya Antara Anyer dan Jakarta dan Aku Cinta Padamu membolehkan Sheila menembusi pasaran muzik republik itu sejak era 1980-an dan terus popular hingga sekarang.

Kesedihan Sheila dikongsi melalui entri Instagram (IG), petang tadi.

ā€œKami amat dukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Malah, sebelum menjadi penyanyi lagi.

ā€œDialah pencipta lagu Indonesia pertama yang mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan karya seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Tua Sebelum Waktunya, Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi.

ā€œMalah, sebelum mengenalinya sebagai komposer, arwah adalah rakan keluarga kami,ā€ katanya.

Seorang Iagi Artis Terkenal yg Mempunyai Bakat yg Besar Meninggalkan Kita Semua iaitu Oddie Agam





Sheila mengaku kesedihannya tidak terbendung dengan pemergian arwah.

ā€œSaya sangat sedih… Seperti sebahagian kerjaya muzik saya hilang. Karya muziknya akan sentiasa menyinari hati kami semua, Agam.

ā€œTerima kasih untuk semua lagu indah ditulis kamu… Semoga tenang di sana.

ā€œSemoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan bersama orang yang beriman… Al-Fatihah.

Bintang itu sudah tiada, tapi sinarnya terang selama-lamanya,ā€ katanya.

Memetik laporan CNN Indonesia, Allahyarham Oddie menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Persahabatan, Indonesia pada usia 68 tahun akibat kegagalan buah pinggang.

Malah, arwah pernah dilaporkan berdepan masalah angin ahmar pada 2017.

Arwah dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak 6 Oktober lalu.

Keadaan Oddie ketika itu sangat kritikal hingga menggunakan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, arwah dikhabarkan pernah pulih pada 12 Oktober lalu. Malah, ketika itu, isterinya, Almafina memaklumkan Oddie sempat membuka mata biarpun masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Allahyarham Oddie juga dilaporkan boleh menyahut panggilan jururawat dan kekal berada di bawah pemantauan doktor.

CNN Indonesia melaporkan, berita pemergian Allahyarham Oddie disahkan kawannya, Stanley Tulung melalui akaun media sosialnya.

Allahyarham Oddie antara pemuzik ā€˜senior’ yang membina legasi muzik di Indonesia sejak 1984. Malah, Oddie juga pernah menceburi dunia nyanyian.

Sumbar: Portal Islamik

Related Posts