Alangkah indahnya kem4tiannya..Di rumah Allah, pada malam Ramadan yang barakah, sedang solat, serta sempat mengucapkan nama Allah. Cemburu!
Alangkah indahnya kema’tiannya
Sedang imam membaca surah pada rakaat pertama di solat Isyak malam ini, tiba-tiba kedengaran seorang rebah di belakang saya dengan bunyi yang agak kuat seiring suara, “Allah!”.
Usai solat, keadaan menjadi gemp4r bila ada ahli jemaah yang menyeru, “ada sesiapa d0ktor di sini… cepat-cepat.”
Beberapa orang menerpa ke tempat kejadian dan terus memberi pertolongan cem4s. Saya dengan beberapa ahli jemaah di saf pertama terus berada di tempat masing-masing sambil mendoakan kebaikan buat ahli jemaah tersebut dan terus melapangkan ruang bagi pr0ses pengudaraan yang baik.
Beliau tidak sedarkan diri. Tangan dan tubuhnya l0nglai sekali. Ketika d0ktor menekan dadanya berkali-kali untuk membantu pr0ses bernafas, beliau terus lem4h.
Setelah tubuhnya yang tidak berd4ya diusung ke belakang, doa tahlil serta solat Tarawih diteruskan. Usai solat Tarawih dengan diikuti solat witir, pengumuman dibuat yang mengatakan ahli jemaah telah pun meninggaI dunia.
Saya terpegun. S4yu. Se’dih. Begitu cepat dan tiba-tiba sekali Izrail menjemputnya pulang. Dan alangkah indahnya kem4tiannya… di rumah Allah, pada malam Ramadan yang barakah, sedang solat, serta sempat mengucapkan nama Allah. C3mburu!
Entah mengapa pada malam ini, saya tergerak untuk solat di Masjid Nur, Jalan Seri Pagi, Bandar Saujana Utama. Dan malam ini, isteri pula agak sihat untuk ditinggalkan seorang buat saya berjemaah di masjid.
Tentunya insid3n ini bukan kebetulan. Tetapi punya tujuan, buat diri saya dan sesiapa sahaja yang berada di masjid itu, di jauh dan dekat. Cukuplah m4ti itu sebagai peringatan. Mengingati m4ti ialah zikir yang senyap….
Ketika melihat si anak duduk men4ngis di samping jen4zah, seorang wanita (mungkin isteri) yang terburu-buru datang sambil mengalirkan air mata…saya s4yu. Kami sendu.
Dan kami mendoakan Allahyarham akan tersenyum meninggalkan dunia yang penuh fitn4h ini menuju alam baqa yang penuh saadah. Insya-Allah. Amin.
Gambar di bawah, saya ambil hanya beberapa ketika sebelum peristiwa itu. Entah kenapa, hati saya tergerak untuk mengabadikan sesuatu. Tanpa saya jangka, malaikat Izrail sudahpun berada di muka pintu untuk mencabut nyawa sahabat tersebut…
Gambar : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Innalilahi wa innailaihi rajiun. Semoga Allah mengasehani dan mengampuni r0hnya. Amin.
Kem4tiannya yang indah…kita? Entah di mana? Entah bila? Bagaimana? Terus r4hsia.
Tetapi pasti tiba!
Kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi