Gadis tunai umrah rawat patah hati, 4 tahun bercinta pakwe ada pilihan lain


Bukan semua percintaan akan berkesudahan ke jinjang pelamin. Jika sudah bersama bertahun-tahun pun, andai ditakdirkan masih lagi bukan jodoh kita, tetap tidak akan bersatu.

4 tahun bercinta hanya sia-sia

Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @zera.rara, apabila berkongsi kisah patah hatinya setelah empat tahun bercinta dengan seorang jejaka namun mendapat khabar bahawa lelaki itu telah membawa seorang wanita lain bertemu keluarga.

Disebabkan kecewa dengan hubungan percintaan yang tidak menjadi, dia telah melakukan sesuatu perkara untuk menenangkan hatinya sendiri bagi memastikan kisah pahit itu tidak terus diingati.

Bawa diri pergi umrah

Dalam kapsyen yang ditulis oleh pengguna TikTok itu lagi, dia memaklumkan yang dia telah membawa hati yang lara ke Tanah Suci dengan mengerjakan umrah secara seorang diri.

Melalui cara tersebut, dia mendapat ketenangan yang luar biasa dan ‘luka’ yang terjadi disebabkan percintaan tidak menjadi itu berjaya diubati.

Menangislah sepuas hati, balik sini dengan semangat baru

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memahami perasaan gadis berkenaan yang begitu terluka apabila dipermainkan oleh seorang lelaki yang dicintainya.

Mereka juga menyatakan yang doa-doa orang tersakiti ini didengar oleh Maha Pencipta dan berharap suatu masa nanti gadis terbabit menemui cinta sejati.

Doa orang tersakiti ni didengar

Plan nak kahwin tapi dia kahwin dengan orang lain

Ada yang pernah alami perkara sama

Kuatkan diri sis, pasti akan ada hikmah disebaliknya

Sumber: TikTok @zera.rara