Wan̷ita Meng̷aku Tak P̷andai Mas̷ak Depan Bak̷al Suami, “Terh̷aru Bila Dia Cakap Tak Apa Tak P̷andai Asalk̷an R̷ajin “


”Aku nak kahwin, tapi calon isteri aku tak pandai masak pula… Ah, cari lain lah!” keluh si Abu (bukan nama sebenar) dalam hati yang gundah gulana hanya disebabkan calon isterinya tidak reti memasak.

Takkan sebab itu sahaja, nak korbankan segala kenangan cintan-cintun yang dibina dengan kekasih? Apatah lagi dengan keadaan semasa, ramai wanita agak sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk memasak.

Bagaimanapun, bertuah bagi pengguna akaun Twitter @ctjamil92 yang berkongsi kepada warganet mengenai kisahnya bersama bakal suami di laman sosial miliknya.

Rajin pun dah cukup
Menerusi rakaman video yang dimuat naik olehnya, dia yang juga dikenali sebagai Siti dilihat sedang berusaha keras untuk belajar memasak demi bakal suami.

Bakal suaminya yang dikenali sebagai Haris menyatakan bahawa dirinya tidak kisah jika Siti tidak pandai memasak, cukuplah hanya menjadi seorang yang rajin.

“Haris belikan barang dapur. Minta I belajar masak. Katanya tak pandai masak tak apa janji rajin,” tulis Siti pada ruangan posting video itu.

Menu pertama. Alhamdulillah sedap walau gaya kelaut

Menu kedua. Rupanya seronok memasak bila orang yang makan sangat berselera!

Setelah beberapa menu dimasak dan dirasai sendiri oleh lelaki tersebut, respon bakal suaminya itu sangat positif membuatkan Siti bersemangat untuk mencuba banyak lagi resepi-resipi baru.

“Alhamdulillah. Pagi-pagi call mak tanya resipi,” ujarnya lagi.

Siti turut meluahkan rasa syukur dan menitipkan pesanan kepada para wanita yang tidak tahu memasak di luar sana supaya jangan berasa malu, jangan berputus asa kerana memasak itu sesuatu yang boleh dipelajari.

Berikutan itu, rata-rata netizen bersetuju dan menyokong tindakan positif pasangan kekasih berkenaan dalam menerima kekurangan antara satu sama lain.

Saling melengkapi & berusaha memperbaiki diri

Best tau bila kita masak orang puji sedap

Bagusnya sangat bagi sokongan

So gadis-gadis di luar sana, kalau korang tak pandai masak. Jangan malu dan jangan berputus asa ya~ Benda boleh belajar.

Sumber: Twitter ctjamil92