Individu bakar haiwan hidup-hidup tidak layak digelar manusia
Sekumpulan individu di luar negara bertindak membakar seekor haiwan hidup-hidup tidak layak digelar sebagai manusia.
Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM) berkata, perbuatan menyiksa haiwan itu tanpa belas kasihan dilakukan oleh mereka yang berhati busuk.
“SAFM menentang sekeras-kerasnya perbuatan jenayah ini yang menyeksa haiwan dengan cara yang teramat kejam.
Ads by Kiosked
“Ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah melanggar moral dan sifat kemanusiaan,” kata SAFM dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Terdahulu, SAFM memaklumkan, pihaknya menerima satu rakaman video memaparkan seekor haiwan dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan individu.
Menurut SAFM, kejadian itu difahamkan berlaku di luar negara, namun kesahihan maklumat tersebut belum dapat dipastikan.
Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial sejak kelmarin itu, beberapa individu dilihat turut memukul haiwan berkenaan. – KOSMO! ONLINE