‘Pilu’- Wanita mavt motosikal langg4r penghadang jalan, tinggal bayi usia 10 bulan


Seorang wanita mavt selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terlanggar besi penghadang jalan di Kilometer 23.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini malam.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa Nurul Hazwani Md. Isa,31, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz itu berada di lorong paling kiri jalan berkenaan.

“Berdasarkan siasatan kita, keadaan jalan basah susulan cuaca hujan dipercayai punca mangsa terbabas sebelum melanggar besi penghadang di tepi jalan.

“Mangsa maut di lokasi kejadian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo.

Menurutnya lagi, saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo