Pilu pergi mu anak ku, ” Nur Susilawati & rakan maut Myvi rempuh treler di LPT ”


Seorang lelaki dan wanita m4ut apabila kereta PERODUA Myvi dinaiki mereka dipercayai merempvh belakang treler yang berhenti di lorong kecem4san di Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur Satu (LPT1) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Temerloh awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa yang m4ut ialah pemandu kereta, Tan Wee Li, 39, dari Cheras, Kuala Lumpur dan penumpangnya, Nur Susilawati Che Deraman, 35, yang beralamat di Sungai Lembing, Kuantan.

Pemandu dan kelindan treler bagaimanapun tidak mengalami keceder4an, Zulfadli berkata, pihaknya menerima panggilan kecem4san mengenai kejadian pada jam 2.47 pagi dengan kedua-dua m4ngsa tersep1t dalam kenderaan yang remuk sepenuhnya itu di bahagian hadapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Wee Li gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar bahagian belakang lori.

Lori itu dipercayai berhenti di situ kerana mengalami masalah enjin panas. Kedua-dua m4ngsa disahkan p4rah pada bahagian kepala, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, m4yat kedua-dua m4ngsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebak meilhat seorang ibu mengiringi jen4zah anak tersayang didalam kereta Jenazah dari Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh semoga MokSu yah tabah kehilangan anak tersayang.Salam Takziah, Al fatihah.Credit BH.