Rehatlah ayah, ibu, along dan angah, ” Dulu kami berenam kini tinggallah saya dan adik ”
Jen4zah empat beranak yang m4ut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Pasir di sini awal pagi tadi.
Semoga Nor Fatini dan Muhamad Hazman tabah dengan duagaan yang amat berat ini mereka kehilangan empat insan tersayang sekaligus.
Jen4zah Pesara Polis Rahim Ramli, 60, Siti Petimah Omar, 59, bersama dua anak mereka iaitu Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27 dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 3 pagi dalam keadaan hujan renyai.
Terdahulu, van yang membawa jen4zah empat beranak itu tiba di pekarangan Masjid Permatang Pasir, Permatang Pauh di sini kira-kira pukul 1.30 pagi selepas selesai menjalani proses bed4h-siasat di Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.
Anak lelaki pasangan itu, Muhamad Hazman Rahim, 20, ketika ditemui pemberita berkata, ketika kejadian, dia dihubungi kakaknya, Nor Fatini, yang memaklumkan mengenai berita sedih itu.
Kakak telefon cakap ayah dan mak dah meninggal. Saya terkejut sebab semalam (kelmarin) saya balik jumpa (mereka), cium tangan apa semua. Tengok-tengok hari ini (petang semalam) dah tak ada.
Tak tahu nak cakap macam mana dah, katanya yang ketika ini sedang menjalani satu latihan praktikal di sebuah syarikat di Perlis.
Tambah anak bongsu daripada empat beradik itu lagi, dia masih terkejut dengan pemergian serentak ibu bapa dan dua kakaknya kerana mereka langsung tidak menunjukkan sebarang petanda sebelum pergi buat selama-lamanya.Al fatihah.