Tak pernah2 makan, lelaki maut tercekik daging ketika nikmati sup tulang


Seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai tercekik ketika menikmati hidangan sup tulang di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jertih semalam.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki bernama Wan Azlan itu baru saja pulang ke rumah selepas pulang dari tempat kerjanya kira-kira jam 5.15 minit petang lantas terus masuk ke dapur untuk memanaskan singgang daging sebelum makan.

Pun begitu, kakak mangsa iaitu Wan Suria Wan Ishak memberitahu adiknya itu tidak pernah makan singgang daging lembu sebelum ini kerana lauk kegemarannya cumalah ayam.

Bukan itu sahaha, Wan Suria mendedahkan adiknya juga tidak boleh makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang.

Jelas Wan Suria, adiknya berkemungkinan tercekik akibat terus menelan saja daging tersebut walaupun uratnya sedikit liat pada ketika itu.

“Semasa mengemas dapur, dia makan daging singgang lalu tercekik daging, mungkin disebabkan lapar baru balik kerja dia terus menelan saja daging itu walaupun uratnya sedikit liat susah hancur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Wan Suria, adiknya itu sempat meronta-ronta meminta pertolongan daripada ibu mereka dengan memaklumkan dia tercekik serta sukar untuk bernafas. memaklumkan dia tercekik serta sukar untuk bernafas.

“Pada masa itu saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya namun sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri.”

Dia berkata, arwah adiknya itu segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 minit petang.

Dikesempatan itu, Wan Suria mendedahkan arwah adiknya amat rapat dengan ahli keluarga dan disenangi oleh semua orang kerana sikapnya yang peramah, tidak lokek dengan senyuman serta suka membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan.

“Kehilangannya amat dirasai kerana pergi secara mengejut namun kami reda dengan pemergiannya pada hari raya ketiga Aidiladha.

“Mungkin naluri seorang ibu pada raya kedua Aidiladha secara tiba-tiba dia berkata jika Lan tiada pasti mereka sukar untuk melakukan aktiviti seharian kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga,” katanya.

Untuk makluman, arwah Wan Azlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Sumber: Harian Metro (Nurul Fatihah Sulaini)