Sayu 12 Jam Menahan Lapar, Sejuk Hanya Melihat May4t Ibu Dan Ayah
Kisah dua beradik yang kehilangan ibu bapa akib4t kemalangan di Kilometer 20.8 Lebuhraya PLUS (arah Selatan) di Kulai pada Ahad lalu masih memberi kesan kepada orang ramai.
Anas Ayyash, 6, dan Ahmad Huzaifah, 4, terseksa kira-kira 12 jam sebelum disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kerana kenderaan mangsa tersadai jauh dari lebuh raya.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mustaqim berkongsi sebuah posting selepas kisah tersebut mengundang sebak di jiwanya selain mendoakan agar Allah SWT melindungi dua beradik itu.
Ya Allah sedihnya baca
“Duduk berdua dalam semak tengah malam, mak ayah meninggal dunia. 12 jam menahan takut, lapar, sejuk, dahaga, sakit. Menanti orang datang tolong,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Muhamad Firdaus Ali berkongsi maklumat dimana ibu kepada dua beradik tersebut Allahyarham Khairrunisa Azman ada memohon kemasukan ke tahun satu sesi 2021 untuk anak sulung.
Justeru, beliau mewakili pihak Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif bagi meneruskan hasrat mangsa supaya anak kedua-dua Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Islam Hidayah.
Kejadian jam 11 malam (9 Mei) telah mengubah kehidupan dua beradik sekelip mata dan menjadi yatim piatu apabila kehilangan kedua ibu bapa dalam kemalangan.
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 20.8 Lebuhraya PLUS (arah Selatan) dekat Kulai, Johor itu pun disedari selepas tempoh 12 jam dari waktu kejadian tersebut oleh pekerja Propel Plus, kira-kira jam 10.40 pagi (10 Mei).
Suami isteri m4ut, anak tercampak keluar
Ketika sampai di tempat kejadian terdapat dua beradik lelaki sedang menahan sakit di luar kenderaan milik bapanya dan setelah diperiksa mendapati kedua ibu bapanya telah tersepit dan meninggal dunia di tempat duduk bahagian hadapan.
Difahamkan, dalam kejadian itu, Herry Mohd Ali, 43, dan isterinya, Khairrunisa Azman, 34, maut di lokasi kejadian manakala manakala dua anak lelakinya berusia enam dan empat tahun cedera selepas tercampak keluar.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pemandu dan penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Kulai.
Manakala dua anak pasangan itu dibawa ke Hospital Kulai dengan ambulans bomba untuk mendapat rawatan.
Tayar belakang pecah, kereta terbabas
Katanya, dari maklumat yang diterima, kemal4ngan dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam tadi ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Muar balik ke Johor Bahru.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri MPV itu pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas sejauh 100 meter ke kiri bahu jalan sebelum terlanggar pokok,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, akib4t dari pelanggaran itu pemandu dan penumpang hadapan tersepit manakala dua kanak-kanak lelaki tercampak keluar.
Kemal4ngan tidak disedari pengguna lebuh raya
Katanya, pihaknya percaya kemal4ngan tidak disedari pengguna kerana kenderaan mangsa tersadai jauh dari lebuh raya.
“Mayat berjaya dikeluarkan anggota bomba pada 11.15 pagi.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Bakhtiar Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.53 pagi.
Katanya, sembilan anggota bersama dua jentera termasuk sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.
“Bomba menggunakan peralatan RTA bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 12.21 tengah hari,” katanya.