Ajal tersepit treler terbalik, ” Mat Lan tak sempat selesaikan tugasan terakhir ”
Seorang pemandu treler yang sarat membawa muatan simen m4ut selepas kenderaan yang dipandunya itu hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 118, Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik, dekat Batu Melintang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, m4ngsa, Roslan Ab. Rahman, 41, men1nggal dunia di lokasi kejadian selepas terjatuh dan tersepit di bawah treler tersebut.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Ariffin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu treler jenis Volvo yang sarat membawa muatan simen.
Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terbalik.
Insiden itu menyebabkan m4ngsa jatuh dan tersep1t di bawah treler itu dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian tak sempat arw4h nak selesaikan tugasannya sebagai pilot darat.
M4yat m4ngsa dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli sebelum dihantar ke H0spital Jeli di sini untuk dibedah siasat, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad memberitahu, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.