Hadir ke mahkamah, Firdaus Wong jadi saksi kes gangguan seksual UEL
Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong mendedahkan dia akan menjadi saksi kepada kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ustaz Firdaus Wong di laman Facebooknya, dia mengatakan akan hadir ke mahkamah yang akan menjadi saksi sebagai pendakwa raya.
“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula sebentar lagi. Kami berdua In Sha Allah akan menjadi saksi pendakwaraya.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku. Doakan keadilan dapat ditegakkan & kebenaran diserlahkan. Allahuma Ameen,” doanya.
Dunia akhir zaman! UEL tak bersalah!
Dalam pada itu, perkara yang terjadi kepada Ustaz Ebit Lew adalah tanda-tanda akhir zaman dan percaya bahawa beliau tidak bersalah dalam pertuduhan itu.
Semoga dipermudahkan urusan!
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mendoakan agar urusan ustaz Firdaus Wong dipermudahkan dan mengharapkan keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.
Sumber: Facebook @Firdaus Wong Wai Hung