7 tahun berlalu, Vida kenang dua arwah anak – “Kehilangan paling sakit..”
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengenang pemergian dua anak lelakinya, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang maut dalam kebakaran tujuh tahun lalu.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyifatkan kehilangan tersebut adalah perkara menyakitkan sepanjang kehidupannya.
“Tujuh tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya.
“Al-Fatihah buat kedua putera saya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulis usahawan berusia 51 tahun itu.
Hantaran itu memaparkan video kompilasi gambar Vida bersama anak-anaknya selain beberapa tangkap layar laporan berita berhubung tragedi berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikutnya turut berkongsi perasaan sebak dengan menitipkan doa buat kedua-dua Allahyarham.
Al-Fatihah!
Semoga dipertemukan di syurga
Anak syurga…
Besar dugaan tapi kena reda
Terdahulu, arwah Zuhdie dan Zikrie masing-masing berusia 11 serta 10 tahun ketika kejadian meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh.
Vida kini meneruskan kehidupan bersama dua lagi anaknya Nur Edlynn Zamileen (Cik B) dan Eric Zakuan (Kacak) yang semakin meningkat remaja.
Sumber: Instagram Vida