Selamat jalan Mak, ” Ajal diperjalanan pulang ambil ubat di Hospital ”


Seorang wanita men1nggal dunia manakala anak perempuannya p4rah selepas motosikal ditunggang merempvh Perodua Myvi yang tiba-tiba membuat pusingan U pada kejadian di Kilometer 68, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat sini, semalam.

Pada kemalangan jam 1.55 tengah hari membabitkan tiga kenderaan itu, m4ngsa Nor Hasna Mutafa,52, yang membonceng motosikal men1nggal dunia ketika dirawat di hospital manakala anaknya patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati, Perodua Myvi terbabit dipandu lelaki berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai.

Kata beliau, Perodua Myvi itu datang dari arah sama dengan motosikal ditunggang dua beranak berkenaan manakala sebuah lagi kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun datang dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, pemandu Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal sebelum tiba-tba membuat pusingan U.

M4ngsa yang gagal mengelak terlanggar bahagian depan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua beranak itu tercampak ke jalan,katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, m4ngsa kemudiannya dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

Pembonceng motosikal yang berusia 52 tahun dan anaknya yang berusia 24 tahun serta bekerja sebagai operator kilang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, si ibu disahkan men1nggal dunia jam 3.05 petang akibat parah di kepala manakala anaknya masih menerima rawatan katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jen4zah m4ngsa dah dibawa pulang ke Kampung Sungai Emas Kota Kuala Muda dan akan dikebumikan ditanah perkuburan islam kota Kuala Muda. Al fatihah.